Saya jemput awak berkempen.


Saya jemput awak berkempen.
Kempen kita lima kali sehari, sujud zuhud kepada Illahi.
Kempen kita di hujung jari, tasbih istighfar kepada Illahi.
Kempen kita di Jumaat hari, menadah doa kepada Illahi.
Kempen kita di dalam hati, di amal soleh kepada Illahi.
Saya jemput awak berkempen.
Memohon ampun dan rahmat Illahi
Di atas dosa berpaut pada diri
Agar tidak dihumban di kemudian hari
Ke dalam nyala api neraka ngeri.
Saya jemput awak berkempen, mari mari.

Hazidi Abdul Hamid. 5 Mei 2013.

Comments

Popular Posts