Sehari di Kota Bandung


Daerah ini ada keindahannya:
Kabus yang menyelimuti pagi,
Gunung gunung yang sayup di hujung pandangan,
Suara azan bersahut sabda memuji Illahi,
Petikan gitar mengalun lagu kerinduan.
Daerah ini banyak insannya:
Yang berkejar kejar disesaknya jalanraya
Yang mencari rezeki dengan usaha pelbagai rupa,
Yang menjahit pakaian dipinggir jalan.
Daerah ini mengajar aku keterbukaan,
Kepelbagaian kepercayaan mencari yang Esa,
Daerah ini membikin aku khuatir,
Sehari di sini aku sudah terpaksa memalingkan Muka
Dari Tangan Tangan yang meminta,
Apakah rupaku jika di sini lebih lama.
Namun,
Aku tetap percaya,
Daerah ini ada indahnya.

Hazidi Abdul Hamid. 13 Jun 2014. Cihamplas, Bandung, Indonesia.

Comments

Popular Posts