Finally, someone makes sense.

Petikan dari MStarDr Mohd Asri: ‘Mogok lapar' ditolak oleh Islam Oleh ZIEMAN

MOGOK LAPAR...Anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal di hadapan Wisma DAP Perak di Ipoh, semalam. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat Perak mengadakan mogok lapar di hadapan bangunan itu sebagai tindakan yang didakwa mereka untuk menggesa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN). (sepatutnya ada foto di sini)

MOGOK lapar adalah sesuatu yang salah di sisi Islam, kata bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.Beliau yang kini berada di Lampeter, United Kingdom melalui kiriman emelnya kepada mStar Online berkata, walaupun tindakan mogok lapar itu dikatakan untuk tujuan yang baik, ia tetap ditolak kerana dalam Islam, matlamat tidak menghalalkan cara.Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan 'mogok lapar' yang diadakan oleh ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak selama 72 jam bermula semalam yang didakwa mereka bertujuan untuk menggesa Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan hak mengundi dikembalikan kepada rakyat.Mengulas lanjut mengenai hukum bagi seorang Muslim yang menyertai mogok lapar, Dr Mohd Asri berkata:"Dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara (the ends do not justify the means). Apa sekalipun hasrat baik tidak boleh dihalalkan dengan cara yang tidak diterima oleh syariat. Mogok lapar adalah satu penyeksaan diri sendiri yang mempunyai ‘nilai ketidakcerdikan’ yang amat sangat."Memang, pada zaman Nabi ia pernah dibuat oleh ibubapa kuffar Quraish bagi membantah anak-anak mereka menganut Islam. Namun itu adalah kebodohan kaum Quraish."Para Nabi a.s. dan pengikut mereka telah menentang berbagai sistem dan kezaliman, tiada seorang pun di kalangan mereka yang melancarkan mogok lapar. Allah tidak pernah mensyariatkan hal itu sama sekali."Mungkin Gandhi pernah menjadi contoh dalam hal itu. Tetapi tidak para pejuang Islam. Jika ada pun seseorang berpuasa dengan cara yang diajar oleh Allah dan RasulNya. Bukan untuk membantah sesiapa, tetapi mendekatkan diri kepada Allah."Itupun dilarang ‘wisal’ dalam puasa, maksudnya berterusan tanpa buka setelah masuk waktu berbuka. Malanglah, jika umat Islam terpengaruh dengan pendekatan yang bukan Islamic, bukan memperkenalkan kematangan pemikiran Islam."Jika seseorang mati dalam mogok lapar, ia termasuk dalam hukum membunuh diri. Ini seperti dalam hadis al-Bukhari, dalam sebuah peperangan, ada seorang pejuang telah berjuang dengan hebat sehingga dia dipuji oleh para sahabat."Nabi memberitahu mereka dia ahli nereka. Mereka hairan. Namun apabila diperiksa didapati dia membunuh diri kerana tidak sabar atas kecederaan yang dialaminya. Dengan itu, bagi saya jika ‘pejuang mogok lapar’ mati dia termasuk dalam hadis ini."Orang politik mungkin menghalalkan apa sahaja untuk politik mereka, tetapi para pejuang prinsip hendaklah berpegang kepada prinsip tanpa mengira siapa pun,” katanya.

Comments

jutawan akhrat said…
http://ustaz-aizil.blogspot.com/

Salam...encik sudah dapatkan ke Syaamil AL-Quran yang encik cari dulu? kalau belum boleh dapatkan daripada saya dengan harga RM115.

Popular Posts