Sempena Tahun Baru CIna

Ada beberapa perkara yang hendak saya sampaikan sempena datangnya perayaan Tahun Baru Cina ini. Bagi mereka yang bukan berbangsa Cina, ada beberapa perkara yang kita perlu tahu.
1.    Tahun Baru Cina bukan perayaan keugamaan. TBC adalah perayaan yang diadakan pada musim bunga bagi merayakan bermulanya tahun baru.
2.    Upacara keugamaan diadakan kerana orang Cina juga percaya kepada Tuhan dan mereka mengikut berbagai Agama. Maka, mereka juga akan berdoa kepada Tuhan (atau tuhan tuhan) yang mereka percaya untuk memohon kesihatan, keuntungan dan dijauhkan bala bencana di tahun yang akan datang.
3.    Perayaan TBC diiringi berbagai kepercayaan tradisi. Ini adalah kerana masyarakat Cina mempunyai sejarah yang lama sebagaimana juga masyarakat lain, kerana ini mereka juga mempunyai berbagai kepercayaan yang diperturunkan oleh nenek moyang mereka. Kita mungkin percaya atau tidak kepada pantang larang mereka ini, Ini tidak penting. Yang penting, mereka percaya kepada pantang larang ini dan sebagai sahabat yang baik, kita harus menghormati kepercayaan mereka. Kita percaya atau tidak, itu hak kita tetapi kita tidak boleh memaksa orang lain percaya kepada kepercayaan kita.
4.    Apa yang kita katakan kepada mereka.
a.    Xīn nián kuài lè – Selamat tahun baru / (moga) bahagia di tahun baru ini
b.    Gōng zhù jiàn kāng, xìng yùn, xīn nián kuài lè. – Sihat walafiat, untung baik, dan kegembiraan sepanjang tahun
c.    Gōng hè xīn xǐ, wàn shì rúyì – Selamat menyambut perayaan dan semoga gembira sepanjang tahun
d.    Xīn xiǎng shì chéng – semoga anda mendapat apa yang anda hajati
e.    Fú lù shòu – Untung baik, keuntungan, panjang umur
f.     Gōng hè xīn xǐ, zhù shēn tǐ jiàn kāng, shì yè fā dá – Selamat tahun baru, semoga anda sihat dan keuntungan berpanjangan
g.    Gōng xǐ fā cái – Semoga anda bahagia dan beruntung
5.    Di TBC, orang Cina sering mengucapkan dan memohon kebaikan kepada sahabat handai dan saudara mereka. Ada orang Cina percaya, jika mereka mendoakan kekayaan dan kebahagiaan kepada orang lain, benda yang sama akan kembali kepada mereka juga. Seorang Muslim tentu pernah diajar hakikat ini, bukan?
6.    Maka kepada sahabat – sahabat dan saudara mara saya yang berbangsa Cina.

Mǎ dào chéng gong

Bù bù gāo sheng


Gōng xǐ fā cái

Comments

Popular Posts