Kalau kita membenci

Aku lihat ramai orang kita berjuang dengan kata kata di internet. Bagi mereka, menjatuhkan lawan perlu dengan menabur kebencian, dengan kata penuh kekesatan, dengan fitnah bertali arus.
Cuba kita fikirkan. Katakanlah anda menang. Tentunya musuh itu akan berundur. Apabila ini berlaku, kebencian itu akan tetap hadir didalam hati dan hidup anda. Langkah anda tidak akan kehadapan kerana kebencian akan merantai anda di hari semalam.
Untuk menghapuskan kebencian, mudah – hilangkan kebencian pada hati dan jiwa kita dahulu.

Comments

Popular Posts